MENGENANG KEMBALI PERISTIWA LAHAD DATU SIRI 2

Negara sekali lagi dikejutkan apabila satu serang hendap dilakukan oleh pengganas Sulu ke atas Pasukan Polis di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah.

Serangan berlaku pada 2 Mac 2013, jam 8.00 malam mengorbankan 6 anggota Polis dan mencederakan yang lain.

Jenazah Supt Ibrahim Lebar dari Cawangan Khas Bukit Aman dan Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran dari Batalion 14 PGA Tawau, tiba di balai ketibaan Pengkalan Udara TUDM Subang pada hari Isnin 4 Mac 2013, jam 6.55 petang.

Turut terkorban dalam serangan itu, Sarjan Abdul Azis Sakirun, (Batalion 14 PGA) Koperal Salam Togiran, (Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau), ASP Michael Padel, (Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Semporna), Sarjan Baharin Hamid, (Kontinjen Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah).

Antara yang hadir memberi penghormatan terakhir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan Tun Siti Hasmah, Permaisuri Johor, Tuanku Raja Zarith Sofiah, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Almarhum Tunku Abdul Jalil.





MENGENANG KEMBALI PERISTIWA LAHAD DATU SIRI 1

Hari ini, genap 5 tahun berlakunya peristiwa berdarah Lahad Datu, peristiwa yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia bila mana dua anggota komando pasukan polis (VAT 69) telah dibunuh oleh sekumpulan penceroboh yang memasuki kawasan kampung Tandou dengan berpakaian ala tentera yang dikenali sebagai Askar Di Raja Kesultanan Sulu.

Pertempuran belaku pada pagi 1 Mac 2013 itu mengorbankan Inspektor (ASP) Zulkifli Mamat dan Koperal (Sarjan) Sabarudin Daud dan mencederakan tiga lagi anggota VAT 69.

Jenazah kedua-dua anggota VAT 69 itu tiba pada Sabtu, 2 Mac 201  jam 1.00 petang di Balai Ketibaan Pengkalan Udara TUDM Subang.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah, Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Isteri, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

MAJLIS PELANCARAN JERSI PKNS FC MUSIM 2018

SHAH ALAM - "Fight All, Fear None" adalah slogan terbaharu pasukan Liga Super PKNS FC bagi musim 2018, berbekalkan pemain serba lengkap di setiap posisi, PKNS FC mensasarkan sekurang-kurangnya satu piala tahun ini dan sasaran itu namapak realistik.

Menurut Kapten pasukan, Safiee Sali, "Kami akan mencuba untuk mencipta legasi dan sejarah baharu buat PKNS FC iaitu membina pasukan yang lebih berdaya saing dengan pasukan-pasukan hebat lain dan merangkul sekurang-kurangnya satu piala" ujar beliau.

Dalam majlis itu, PKNS FC mengekalkan warna Oren sebagai jersi pertama, warna biru sebagai jersi kedua dan merah kuning sebagai jersi alternatif.