MENGENANG KEMBALI PERISTIWA LAHAD DATU SIRI 2

Negara sekali lagi dikejutkan apabila satu serang hendap dilakukan oleh pengganas Sulu ke atas Pasukan Polis di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah.

Serangan berlaku pada 2 Mac 2013, jam 8.00 malam mengorbankan 6 anggota Polis dan mencederakan yang lain.

Jenazah Supt Ibrahim Lebar dari Cawangan Khas Bukit Aman dan Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran dari Batalion 14 PGA Tawau, tiba di balai ketibaan Pengkalan Udara TUDM Subang pada hari Isnin 4 Mac 2013, jam 6.55 petang.

Turut terkorban dalam serangan itu, Sarjan Abdul Azis Sakirun, (Batalion 14 PGA) Koperal Salam Togiran, (Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau), ASP Michael Padel, (Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Semporna), Sarjan Baharin Hamid, (Kontinjen Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah).

Antara yang hadir memberi penghormatan terakhir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan Tun Siti Hasmah, Permaisuri Johor, Tuanku Raja Zarith Sofiah, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Almarhum Tunku Abdul Jalil.





MENGENANG KEMBALI PERISTIWA LAHAD DATU SIRI 1

Hari ini, genap 5 tahun berlakunya peristiwa berdarah Lahad Datu, peristiwa yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia bila mana dua anggota komando pasukan polis (VAT 69) telah dibunuh oleh sekumpulan penceroboh yang memasuki kawasan kampung Tandou dengan berpakaian ala tentera yang dikenali sebagai Askar Di Raja Kesultanan Sulu.

Pertempuran belaku pada pagi 1 Mac 2013 itu mengorbankan Inspektor (ASP) Zulkifli Mamat dan Koperal (Sarjan) Sabarudin Daud dan mencederakan tiga lagi anggota VAT 69.

Jenazah kedua-dua anggota VAT 69 itu tiba pada Sabtu, 2 Mac 201  jam 1.00 petang di Balai Ketibaan Pengkalan Udara TUDM Subang.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah, Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Isteri, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.