PRODUCT PHOTO SHOOT UNTUK IBU TUNGGAL "FREE OF CHARGE"

Simple product photo shoot, untuk seorang ibu tunggal yang mengusahakan jualan makanan ringan bagi menampung perbelanjaan membesarkan anak-anaknya.

Kesian tengok bila mana dia hanya menggunakan camera dari sebuah telefon yang agak uzur, mengambil gambar produk-produk itu untuk dimasukkan kedalam facebook dia.

Dengan sedikit kemahiran yang aku ada, aku offer dia untuk tolong ambilkan gambar produk-produk dia tu tanpa sebarang bayaran, "free of charge" 

Dia ambil masa dua ke tiga hari juga untuk terima offer aku tu, hari ke empat, barulah dia terima offer aku dan aku pun bagi syarat kepada dia, syaratnya dia kena bawa semua produk yang dia nak shoot tu ke studio tempat kerja aku pada jam 9.30 malam, kenapa jam 9.30 malam? kerana ketika tu, news habis jam 8, news anchor aku pun dah berambus balik dan nak kemas bagai jam 9.30 adalah waktu yang cantik, cuma yang ada studio director, dengan dia tu aku boleh kaw-tim.

Di pendekkan cerita yang panjang ini, bermula la sesi photography yang mengambil masa lebih kurang satu jam lebih dan turut dibantu oleh studio director, katanya "aku pun gian juga nak picit shutter juga".

Sekurang-kurangnya cantik la sikit kalau kita proper equipment dari pakai kamera phone yang uzur tu kan? 

Harap, lepas ni perniagaan dia akan maju, jaya dan berjaya, sebenarnya ada 20 barang yang dia bawak untuk photo shoot, aku cuma upload tiga je, cukup la kot...

weihh... dah jadi karangan la pulak cerita ni...






 

MAJLIS PENUTUP KURSUS KOMANDO TUDM 25/2018

Majlis penutup kursus Komando TUDM diadakan di Batu Hampar, Jugra, Selangor.

Majlis di sempurnakan oleh Panglima Operasi Udara TUDM.

Seramai 33 penuntut telah berjaya menamatkan kursus ini, mereka di anugerahkan Baret Biru Muda yang merupakan lambang kemegahan warga Pasukan Khas Udara PASKAU.

Video penutup kursus Komando TUDM klik sini.