MIE HARGAI WARGA PENDIDIK


KUALA LUMPUR: Malaysia Influential Educator (MIE) di tubuhkan bagi menghargai individu-individu yang cemerlang dalam bidang pendidikan dan yang telah mencapai pencapaian yang luar biasa dalam perjalanan pendidikan mereka, dimana mereka telah menunjukan kecekapan, kebijaksanaan dan bakat, serta memperlihatkan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam pendidikan masing-masing.

Justru itu pada Sabtu, MIE telah mengadakan Majlis Penyampian Anugerah Malaysia Influential Educator 2023 kali ke-4 telah di adakan di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Melaya Kuala Lumpur.


Dalam Majlis itu seramai 102 orang calon telah menerima anugerah dari MIE dari 127 yang di calonkan, mereka dipilih dari pelbagai latar belakang pendidikan dan kemahiran.

Menurut Tiffany Tan Tian Yee Pengerusi Malaysia Influential Educator, Majlis Tindakan Pengguna Negara berkata, "Anugerah MIE adalah sebuah pengiktirafan terhadap jasa pendidik yang cemerlang dan akan di abadikan dalam sebuah naskah untuk tatapan generasi akan datang, jasa para pendidik akan di rekodkan dan dibukukan dan dipamerkan di perpustakaan di seluruh negara".


Dengan anugerah ini, pihak MIE berharap, ianya akan menjadi pembakar semangat kepada warga pendidik yang lain dalam memberi sumbangan untuk melonjakkan lagi mutu pendidikan di negara kita, selaras dengan Misi dan visi MIE adalah, memberikan kesedaran terhadap kod etika profesional dan kesedaran terhadap amalan terbaik bagi meningkatkan standart industri di samping membentuk jenama peribadi mereka yang terlibat dalam industri pendidikan bertujuan meningkatkan keberkesanan dan reputasi mereka dan memastikan pengguna menerima perkhidmatan profasional dan berkualiti.











0 comments:

Post a Comment