PATUNG HELANG LANGKAWI


Mula dibina pada tahun 1996, Dataran Lang di Pulau Langkawi adalah cetusan idea bekas Perdana Menteri ke-4 Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun).

Dataran Lang ini menjadi mercu tanda Langkawi sebagai sebuah pulau yang penuh dengan lagenda, sejarah dan mistik untuk tarikan pelancong dalam dan luar negara.

Dengan berketinggian hampir 12 meter, patung helang ni di perbuat daripada konkrit itu dengan kepala helang menghadap ke laut.

Ramai pelancong dalam dan luar negara mengabadikan momen-momen indah mereka di pulau Langkawi di hadapan patung lang ini.





JUPITER DARI INDONESIA

Pasukan aerobatic dari Indonesia, Jupiter membuat pertunjukan sewaktu acara LIMA 2023 di Langkawi, pasukan ini menggunakan pesawat KT-1B buatan Korea Selatan yang mana pesawat ini biasanya di gunakan untuk latihan dan ada juga negara menggunakannya untuk serangan ringan.

Ini adalah kali kedua pasukan dari Tentera Nasional Indonesia (Angkatan Udara) membuat pertunjukan sewaktu acara LIMA, kali pertama pada tahun 2015 yang menyaksikan dua buah pesawat ini terhempas setalah berlaga sesama sendiri sewaktu melakukan pertunjukan, namun kedua-dua juruterbang selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan. klik sini





 

HELICOPTER MILIK ATM, PDRM DAN MARITIM MALAYSIA.

Berikut adalah beberapa jenis Helicopter milik Angkatan Tentera Malaysia, Polis Di-Raja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang sempat dirakam sewaktu pertunjukan Maritim di Resort World Langkawi dan MIEC, sempena LIMA 2023.

MD530G (Little Bird) Milik Pasukan Udara Tentera Darat PUTD

Super Lynx Mk300 dari Skuadron 501 Tentera Laut Di-Raja Malaysia.

Helikopter Operasi Maritim (HOM) AW 139 milik Skuadron 503 Tentera Laut Di-raja Malaysia

AS 555 SN FENNEC dari Skuodron 601 Tentera Laut Di-Raja Malaysia

Eurocopter Squirrel AS-355N Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia

AS365 N3 Dauphin milik Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia (APMM)


SUKHOI SU-30MKM, MASIH BERBISA

 Walaupun sudah berusia hampir 20 tahun, pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM masih lagi berbisa, dalam pertunjukan udara sewaktu berlangsungnya Langkawi International Maritime and Aerospace LIMA 2023 yang lalu, pesawat ini menjadi tarikan utama pengunjung di acara tersebut.

Pesawat dari 12 Skuadron TUDM ini masih lincah melakukan aerobatic yang mampu memukau mata pengunjung dari dalam dan luar negara.