F/A-18D HORNET LIMA 2023

Aksi F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Di-Raja Malaysia ini telah dirakam sewaktu pertunjukan Aerobatic pesawat pejuang sewaktu berlangungnya acara LIMA di Langkawi pada tahun 2023.

Pesawat milik 18 Skuadron yang berpengkalan di Butterworth Pulau Pinang ini berjaya memukau mata para pengunjung.


 

MIE HARGAI WARGA PENDIDIK


KUALA LUMPUR: Malaysia Influential Educator (MIE) di tubuhkan bagi menghargai individu-individu yang cemerlang dalam bidang pendidikan dan yang telah mencapai pencapaian yang luar biasa dalam perjalanan pendidikan mereka, dimana mereka telah menunjukan kecekapan, kebijaksanaan dan bakat, serta memperlihatkan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam pendidikan masing-masing.

Justru itu pada Sabtu, MIE telah mengadakan Majlis Penyampian Anugerah Malaysia Influential Educator 2023 kali ke-4 telah di adakan di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Melaya Kuala Lumpur.


Dalam Majlis itu seramai 102 orang calon telah menerima anugerah dari MIE dari 127 yang di calonkan, mereka dipilih dari pelbagai latar belakang pendidikan dan kemahiran.

Menurut Tiffany Tan Tian Yee Pengerusi Malaysia Influential Educator, Majlis Tindakan Pengguna Negara berkata, "Anugerah MIE adalah sebuah pengiktirafan terhadap jasa pendidik yang cemerlang dan akan di abadikan dalam sebuah naskah untuk tatapan generasi akan datang, jasa para pendidik akan di rekodkan dan dibukukan dan dipamerkan di perpustakaan di seluruh negara".


Dengan anugerah ini, pihak MIE berharap, ianya akan menjadi pembakar semangat kepada warga pendidik yang lain dalam memberi sumbangan untuk melonjakkan lagi mutu pendidikan di negara kita, selaras dengan Misi dan visi MIE adalah, memberikan kesedaran terhadap kod etika profesional dan kesedaran terhadap amalan terbaik bagi meningkatkan standart industri di samping membentuk jenama peribadi mereka yang terlibat dalam industri pendidikan bertujuan meningkatkan keberkesanan dan reputasi mereka dan memastikan pengguna menerima perkhidmatan profasional dan berkualiti.











Dedahkan Siapa Zainab

“Kalau betul Latiff hendak menafikan, bawa Zainab itu keluar. Tunjukkan kepada orang ramai, jangan jadi macam Jho Low sampai masa dah terlepas tak tahu kemana – Akmal Nasir

Wartawan: Diyana Rahip
Jurukamera & Visual Editor: Junaidy Jaafar 


 

Sentuhan Kasih Ramadan: Dwan Vokalis Kumpulan OLAN

SUMBERKINI menerusi program Sentuhan Kasih Ramadan Siri 2 menyantuni vokalis OLAN, Mohd Radzuan Yasin, 60, di kediamannya pada 25 Ramadan lalu. 
Dalam kunjungan itu, kami dimaklumkan bahawa Radzuan atau lebih dikenali sebagai Dwan sebelum ini terkena serangan angin ahmar pada awal bulan Mac lalu.

Wartawan: Diyana Rahip & Ain Nabilah // Jurukamera: Junaidy Jaafar 
Visual Editor: Junaidy Jaafar 



 

Tanah Runtuh, Penduduk Kini Trauma

Sumberkini berkesempatan menemu bual beberapa penduduk terkesan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman Bukit Permai, Ampang Jaya, di mana mereka berkongsikan detik-detik cemas kejadian.

Wartawan: Faridah Amiratul | Jurukamera & Visual Editor: Junaidy Jaafar
Kredit video orang awam: Noraini Abdul Wahab